Site icon TechNave BM

ROG Ally mungkin akan dijual pada harga sekitar ~RM3,000

Selepas pengesahannya pada awal bulan lalu, peranti gaming mudah alih ROG Ally merupakan sebuah produk yang sangat dinanti-nantikan oleh gamers pada waktu ini dan ia bakal dilancar secara rasmi pada 11 Mei 2023. Harganya masih belum diumumkan, namun seorang pengkhabar teknologi mengatakan harganya mungkin serupa dengan sebuah lagi peranti gaming mudah alih popular, Steam Deck.

Menurut pengkhabar berita teknologi SnoopyTech, ROG Ally yang dilengkapi cipset AMD Z1 Extreme, RAM 16GB dan SSD 512GB bakal dijual pada harga USD699.99 (~RM3,130). Harga ini tidak jauh bezanya dengan Steam Deck versi 512GB iaitu ~USD649.99 (~RM2,900).

ASUS sudah mengesahkan bahawa ROG Ally bakal ditawarkan dalam dua varian utama iaitu ROG Ally standard yang dilengkapi AMD Z1, dan ROG Ally yang dilengkapi AMD Z1 Extreme. Pengkhabar berita teknologi itu tidak mendedahkan harga untuk ROG Ally standard.

Sungguh pun begitu, harga ini adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan pada asalnya iaitu USD999. Perlu diingati bahawa ini bukanlah berita rasmi daripada ASUS dan harga sebenarnya akan diumumkan pada 11 Mei kelak.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version