Hari ini, Republic of Gamers (ROG) Malaysia berbangga menjadi Penaja Telefon Gaming Rasmi Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY). Bermula dengan Musim 11, ia akan berlangsung selama empat musim pada Februari 2023 hingga lewat 2024.
Menurut Shawn Chang, Pengarah Jualan dan Pemasaran Global Unit Perniagaan Telefon, ROG, syarikat itu bekerjasama dengan MOONTON dan MPL MY untuk memberikan telefon gaming terbaik pada pasukan Malaysia yang menang dalam liga eSports ini.
Sebanyak 10 pasukan MLBB (Mobile Legends: Bang Bang) tempatan akan bertemu satu sama lain untuk berkongsi hadiah bernilai $100,000 (~RM4,422,00), kemudian dua pasukan teratas dari kejohanan itu akan meneruskan ke Kejohanan Dunia Mobile Legends.
Untuk pengalaman gaming terbaik untuk setiap jenis gamer, syarikat itu telah mengumpulkan ahli Pasukan ROG daripada pelbagai latar belakang untuk mempamerkan pelbagai produk ROG yang berkebolehan.
Pasukan ini terdiri daripada DJ Alan Walker dan pemain bola sepak profesional, Son Heung-Min, serta pasukan pro esport seperti Misfits Gaming, Rogue dan Team BDS.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

