Site icon TechNave BM

ROG Phone 6D & 6D Ultimate dilancar: MediaTek Dimensity 9000+ 5G dan RAM 16GB bermula ~RM4,306

Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) baru sahaja mengumumkan ahli baharu siri ROG Phone 6 yang dikuasakan oleh cipset andalan MediaTek terkini iaitu ROG Phone 6D dan ROG Phone 6D Ultimate.

ROG Phone 6D Ultimate mempunyai ciri Portal AeroActive serba baharu iaitu ruang pelesapan haba yang berfungsi bersama-sama dengan AeroActive Cooler 6. Kawasan permukaan haba meningkat sehingga 9X dan kecekapan terma ditingkatkan sehingga sehingga 20% apabila Portal AeroActive diaktifkan.

Selain itu, sistem penyejukan GameCool 6 telah dinaik taraf dengan ruang wap 30% dan kepingan grafit 85% lebih besar bersama reka bentuk CPU berpusat untuk meningkatkan pelesapan haba dari teras. Dengan Armory Crate, siri ROG Phone 6D membolehkan gamer memberikan prestasi yang baik dalam game yang berbeza.

Cipset MediaTek Dimensity 9000+ 5G terdapat pada kedua-dua model ROG Phone 6D. Jika dibangdingkan dengan cipset Dimensity 9000, ASUS mendakwa ia mempunyai lebih daripada 10% peningkatan prestasi. Peranti ini mempunyai RAM LPDDR5X sehingga 16 GB, storan 512 GB, paparan Samsung HDR10+ AMOLED 6.78 inci, kadar penyegaran 165Hz dan kadar pensampelan sentuhan 720Hz.

Ia membawa bateri 6,000mAh dan teknologi HyperCharge 65W kekal, tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP +ultralebar 13MP + makro dan kamera swafoto 12MP. ROG Phone 6D hadir dalam varian RAM 12GB atau 16GB + 256GB bermula dari €949 (~RM4,306) manakala ROG Phone 6D Ultimate untuk 16GB + 512GB berharga €1,399 (~RM6,348).

ASUS akan mengadakan kejohanan influencer di mana 10 influencer dari 6 negara termasuk Jerman, United Kingdom, Perancis, Malaysia, Filipina dan Thailand. Mereka akan berinteraksi dan bersaing dengan peminat ROG pada game Tier-1 yang akan diadakan antara September dan November mengikut kehadiran produk di setiap pasaran.

Buat masa ini, kami tidak pasti kehadiran kedua-dua peranti ke dalam pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version