Site icon TechNave BM

ROG Phone 7 bakal dilancar secara global pada 13 April ini

ASUS ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro telah diumumkan pada Julai lalu. Tetapi kali ini, ASUS nampkanya tidak sabar-sabar untuk melancarkan siri terbaharu iaitu ROG Phone 7 pada bulan hadapan. Siri ROG Phone 7 akan diumumkan pada 13 April seperti yang anda boleh lihat daripada berita yang dikongsikan di bawah melalui akaun Twitter rasmi ROG.

Acara ini akan disiarkan secara langsung pada pukul 8 malam waktu Taipei dan Malaysia, 2 petang waktu Berlin serta 8 pagi waktu New York. Terdapat tiga versi telefon yang akan datang dibuat sebagai prototaip menurut pangkalan data dalam talian Geekbench.

Semuanya menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2, RAM 16GB dan mungkin ada pilihan varian dengan RAM 18GB. Menurut khabar angin lepas, ROG Phone 7 akan datang dengan skrin sentuh AMOLED 6.8 inci FHD+, kadar segar semula 165Hz dan bateri 6,000 mAh dengan sokongan pengecasan 65W.

Adakah anda berminat dengan telefon ini? Beritahu kami di Facebook jika anda berminatnya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version