Site icon TechNave BM

ROG Phone 9 FE rasmi di Malaysia dengan SD 8 Gen 3 dan skrin 6.78″ 185Hz berharga RM2,999

ASUS Malaysia secara rasmi melancarkan ROG Phone 9 FE (Edisi Peminat) untuk pasaran Malaysia. Telefon pintar ini direka khas untuk peminat permainan mudah alih yang mengutamakan prestasi dan pengalaman gaming terbaik. Ia dikuasakan oleh cip utama Snapdragon 8 Gen 3 yang digandingkan bersama RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 256GB.

Ia juga menampilkan skrin AMOLED 6.78 inci dengan kadar penyegaran tinggi 185Hz dan bahagian belakang peranti dilengkapi dengan paparan LED mini AniMe Vision yang boleh disesuaikan serta butang sentuh AirTrigger. Sistem penyejukan ROG GameCool yang menyokong kipas luaran AeroActive Cooler X Pro juga hadir untuk edisi ini.

Baterinya berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W dan pengecasan wayarles 15W. Untuk kamera, ROG Phone 9 FE menawarkan sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS, ultra lebar 13MP dan makro 5MP manakala bahagian hadapan mempunyai kamera swafoto 32MP.

Selain itu, peranti ini turut menyertakan ciri permainan AI siri ROG Phone 9 seperti X Sense 3.0, X Capture 2.0 dan AI Grabber 2.0 untuk meningkatkan pengalaman gaming pengguna. ROG Phone 9 FE kini boleh didapati pada harga RM2,999.

Sebagai sebahagian daripada promosi Epic Raya Special, pembelian mana-mana peranti siri ROG Phone 9 sebelum 30 April 2025 akan menerima mata eWallet Touch ‘n Go bernilai RM300. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi ASUS Malaysia.

Spesifikasi lengkap ROG Phone 9 FE

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version