Site icon TechNave BM

ROG Strix SCAR 2022 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” RTX 3080 Ti bermula RM10,699

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah melancarkan siri komputer riba gaming premium terbaru iaitu ROG Strix SCAR yang dilengkapi komponen Intel dan NVIDIA terbaru untuk prestasi gaming terpantas.

Semua komputer dalam siri ROG Strix menggunakan cecair besi (liquid metal) untuk meningkatkan pelesapan haba daripada CPU, di mana Strix SCAR mempunyai cecair besi yang dibuat oleh Thermal Grizzly Conductonaut Extreme untuk pelesapan haba yang lebih cepat. ROG Strix turut mempunyai kipas Arc Flow Fans dengan 84 bilah untuk mengalirkan udara dengan pantas dalam komputer.

Siri ROG Strix SCAR dilengkapi sistem operasi Windows 11, cipset Intel Core i9-12900H, unit pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX Laptop GPU 3070 Ti atau 3080 Ti dengan jumlah kuasa grafik (total graphics power, TGP) sebanyak 150W, RAM DDR5 4,800MHz dan storan SSD PCIe Gen 4×4. Skrinnya pula terdapat dalam resolusi QHD 240Hz berukuran 15.6 inci atau 17.3 inci.

Komputer ini turut dilengkapi suis MUX Switch untuk meningkatkan prestasi gaming, dengan menghubungkan GPU secara terus kepada skrin. Suis ini membenarkan peningkatan prestasi gaming sekitar 15% hingga 43% dan jika pengguna tidak bermain game, suis ini boleh dimatikan untuk menjimatkan bateri.

Selain itu, ia turut menyokong hubungan Wi-Fi 6E, port HDMI 2.1 dan pengecasan 280W.

Daripada segi luaran, komputer ini mempunyai lampu RGB di papan kekunci dan bahagian sisi, manakala sesetengah bahagian rangkanya mempunyai sudahan lutsinar Transparent Palm Rest untuk menunjukkan komponen dalaman. Ia turut dilengkapi aksesori Armor Cap yang boleh diubah untuk menghiaskan lagi komputer tersebut.

Berikut adalah harga untuk varian ROG Strix SCAR di Malaysia:

G533Z-WLN131W (RTX 3070 Ti, 15.6″): RM10,699
G733Z-WLL140W (RTX 3070 Ti, 17.3″): RM10,999
G533Z-XLN034W (RTX 3080 Ti, 15.6″): RM16,699
G733Z-XLL029W (RTX 3080 Ti, 17.3″): RM16,999

Layari laman web ASUS ROG Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook varian manakah yang menjadi idaman anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version