Site icon TechNave BM

‘Router’ WiFi AX3 dari HUAWEI selaju 3000Mbps hanya berharga RM299

Bukan niat kami untuk meracuni fikiran anda, namun penghala (router) WiFi merupakan alat penting jika rumah anda dilengkapi rangkaian WiFi. HUAWEI kini membuka pra-tempah untuk penghala HUAWEI WiFi AX3 dengan harga hanya RM299.

Untuk pengetahuan anda, harga ini adalah sempena jualan HUAWEI Mid-Year Sale. Penghala HUAWEI ini menyokong WiFi 6. Bukan itu sahaja, ia turut menyokong sehingga 128 peranti untuk menggunakan WiFi dan mempunyai kelajuan maksimum 3000Mbps (574Mbps pada jalur 2.4GHz dan 2401Mbps pada jalur 5GHz).

WiFi AX3 ini turut dilengkapi HUAWEI HomeSec yang bakal melindungi segala kod atau data yang menembusi CPU penghala ini. Jika anda mempunyai peranti HUAWEI, anda boleh menggunakan HUAWEI Share kerana ia menyokong teknologi NFC. Anda boleh mengunjungi pautan HUAWEI untuk maklumat lanjut.

Semak dan periksa jika penghala anda perlu dinaik taraf! Adakah penghala ini berpatutan untuk anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version