Site icon TechNave BM

“Rover” NASA berjaya mendarat di Marikh, ini gambar awal bumi baru!

Semalam, kami telah memaklumkan mengenai kenderaan lasak rover Perseverance NASA yang bakal menjelajah ke Marikh. Terkini, rover Perseverance NASA dilapor sudah berjaya mendarat di Marikh pada jam 3:55PM ET (waktu Timur), bersamaan 4:55AM (waktu Malaysia).

Menurut sumber, kenderaan rover telah menyentuh permukaan atmosfera Marikh 7 minit sebelum ia berjaya mendarat iaitu pada jam 3:48PM ET (4:48AM waktu Malaysia). Rover Persevarance adalah kenderaan robotik ketiga yang berjaya mendarat di Marikh pada bulan ini, dua lagi kapal robotik adalah Hobe dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Tianwen-1 dari China.

Berikutan pendaratan rover Perseverance, ia turut mengongsikan beberapa gambar awal permukaan Marikh kepada NASA dan orang awam. Gambar-gambar awal yang dikongsi memaparkan permukaan Marikh yang agak berpasir dan berbatu.

Anda boleh menyemak kedudukan rover melalui pautan yang disediakan oleh laman Twitter rasmi Perseverance NASA seperti di bawah.

Lihat kembali detik pendaratannya! [Sumber: NASA]

Kita mungkin boleh menjangkakan imej permukaan Marikh yang lebih jelas pada hari-hari akan datang. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version