Site icon TechNave BM

RTM kini bangunkan saluran televisyen baru bernama TV6

Radio Televisyen Malaysia (RTM) merupakan syarikat penyiaran awam yang terkenal dengan saluran televisyen percuma seperti TV1 dan TV2. Kini, RTM dilihat sedang menguji saluran televisyen baru iaitu TV6.

Dalam siaran ujian ini, TV6 akan disiarkan pada 7:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam dan memaparkan pelbagai rancangan original berdefinisi tinggi oleh RTM termasuklah filem, drama dan program hiburan. Ia telah mula disiarkan sejak 1 Mac melalui saluran 113 dalam myFreeview.

TV6 dijangka akan dilancar secara rasmi pada 1 April sempena ulang tahun RTM yang ke-75. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan saluran TV6 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version