Site icon TechNave BM

Rupa Black Shark 4S ditunjukkan dalam sebuah poster rasmi, mungkin dilengkapi SD 888+

Black Shark bakal melancarkan sebuah telefon pintar gaming terbaharu iaitu Black Shark 4S yang bakal menampilkan spesifikasi tercanggih dalam siri Black Shark 4. Kini, syarikat tersebut telah pun berkongsi rupa bentuk telefon tersebut yang ditunjukkan dalam sebuah poster.

Black Shark 4S masih mengekalkan rekaan yang serupa dengan Black Shark 4, namun Black Shark 4S mempunyai lebih banyak corak garisan di belakangnya. Terdapat juga sebuah logo bertulis “Black Shark” dan sebuah lampu LED berwarna hijau di bawah kamera.

Kameranya masih diletakkan dalam ruang berbentuk heksagon, manakala di bahagian bucu pula masih terdapat butang fizikal untuk digunakan sewaktu bermain game. Ia akan ditawarkan dalam dua warna iaitu hitam dan biru gelap.

Black Shark 4S dikhabarkan akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 Plus, skrin berkadar 144Hz dan pengecasan pantas 120W. Ia bakal dilancar untuk pasaran China pada 13 Oktober.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version