Site icon TechNave BM

Rupa & fungsi keseluruhan Sony Xperia 5 II ditunjuk dalam video awal, boleh dihubungkan dengan DualShock

Sony Xperia 5 II akan dilancarkan pada hari Khamis, 17 September namun pelbagai maklumat awal tentang peranti tersebut sudah pun terbocor terlebih dahulu, termasuklah rupa bentuknya dan hampir kesemua spesifikasinya. Terbaru, video iklan untuk Xperia 5 II pula telah dibocorkan ke dalam YouTube, mengesahkan spesifikasi awal telefon itu.

Video berdurasi lebih tiga minit itu menunjukkan fungsi multimedia dan gaming yang sangat menarik. Selain skrin OLED dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuhan 240Hz, ia turut dilengkapi fungsi audio khusus seperti perisian DSEE Ultimate, Dolby ATMOS dan 360 Reality Audio, dwi-pembesar suara yang dihadapkan ke pengguna dan bicu audio 3.5mm. Bagi yang gemar bermain game pula, telefon ini boleh dihubungkan dengan controller PlayStation DualShock 4.

Sony turut mengetengahkan pelbagai fungsi fotografi dan videografi dalam Xperia 5 II, seperti butang shutter khas, sistem autofokus yang menjejak mata manusia dan haiwan, kadar fotografi sehingga 20 gambar sesaat, rakaman gerak perlahan 4K HDR 120FPS serta aplikasi penyuntingan video Creator Mode.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xperia 5 II dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: YouTube

Exit mobile version