Site icon TechNave BM

Rupa dan spesifikasi HONOR X20 tertiris, dilengkapi Dimensity 1200, skrin 120Hz

HONOR telah pun mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan siri telefon pintar andalan HONOR 50 pada 16 Jun di China. Kini, terdapat maklumat mengatakan HONOR akan melancarkan sebuah lagi telefon selepas HONOR 50 iaitu telefon gaming HONOR X20.

Menurut Digital Chat Station, rupa dan spesifikasi telefon tersebut telah pun tertiris dalam media sosial Weibo, menunjukkan rupa belakang HONOR X20 yang dilengkapi tiga kamera dan disusun secara menegak sama seperti HONOR X10 5G.

Rupa belakang HONOR X20

Daripada segi spesifikasi, ia dikhabarkan akan dilengkapi cipset kelas pertengahan MediaTek Dimensity 1200, skrin LCD berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, bateri 4,200mAh dan pengecasan pantas 66W. Jika maklumat ini benar, spesifikasi ini adalah sangat menarik dan sesuai untuk sebuah peranti gaming.

Setakat ini masih tiada maklumat penuh tentang HONOR X20. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version