Site icon TechNave BM

Rupa dan spesifikasi komputer riba realme Book tertiris, mungkin berharga ~RM2,250

realme telah pun mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan komputer riba mereka yang pertama, realme Book, dalam masa terdekat. Kini pengkhabar berita teknologi OnLeaks telah berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan rupa keseluruhan komputer tersebut serta spesifikasinya.

Menurut sumber, realme Book akan dilengkapi skrin LED berukuran 14 inci dengan resolusi Full HD, lapisan anti-silau serta nisbah aspek 3:2. Ia bakal mempunyai papan kekunci chiclet dan butang kuasa yang turut bertindak sebagai pengimbas cap jari.

Untuk spesifikasi dalaman pula, ia terdiri daripada cipset Intel Core i3 atau Core i5 generasi ke-11 serta pilihan RAM dan storan yang pelbagai, manakala sistem operasi pula adalah Windows 10. Port I/O pula terdiri daripada satu port USB-A, dua port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Komputer riba tersebut mempunyai ukuran ketinggian 307mm, lebar 229mm dan ketebalan 16mm apabila ia dilipat manakala beratnya pula sekitar 1.5kg. Untuk varian terendah, ia mungkin akan dijual di India pada harga bermula INR40,000 (~RM2,250).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version