Site icon TechNave BM

Rupa LG W41 muncul, dilengkapi empat kamera dan pilihan 2 warna

Walaupun terdapat berita bahawa LG akan menjual divisyen telefon pintar mereka, syarikat Korea Selatan itu dilihat masih merancang untuk melancarkan telefon baru pada tahun ini. Selepas melancarkan LG W11 dan LG W31 pada November lepas, mereka akan melancarkan siri LG W41 pula yang terdiri daripada W41, W41 Plus dan W41 Pro.

Menurut sumber, beliau telah berkongsi gambar LG W41 dengan nombor model LMK610, di mana telefon itu akan dilengkapi empat kamera serta skrin dengan lubang punch hole untuk menempatkan kamera swafoto. Turut kelihatan dalam gambar tersebut adalah ruang kad SIM di bahagian kiri manakala di bahagian kanan pula terdapat dua butang serta butang pengawal audio.

Selain daripada rupa fizikalnya, tidak banyak yang diketahui tentang peranti ini termasuklah untuk spesifikasinya. Setakat ini, siri telefon pintar LG W hanya dihadkan untuk pasaran India dan masih tidak pasti jika ia akan dijual di Malaysia.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VOICE

Exit mobile version