Site icon TechNave BM

Rupa OnePlus Nord N200 5G tertiris, mungkin dilengkapi skrin FHD 90Hz

OnePlus bakal melancarkan telefon pintar kelas pertengahan OnePlus Nord CE 5G pada bulan ini, namun nampaknya ia bukan satu-satunya telefon Nord yang diusahakan pada tahun 2021. Sebuah poster untuk OnePlus Nord N200 5G telah tertiris, menunjukkan rekaan luarannya yang mirip siri OnePlus 9.

Menurut sumber, ia mungkin akan dijual pada harga mampu milik iaitu USD250 (~RM1,030) memandangkan ia adalah telefon kelas pertengahan dalam siri Nord. Ia dikhabarkan akan dilengkapi skrin 6.5 inci, resolusi 1080p dan menyokong kadar segar semula 90Hz.

Telefon ini dilihat bakal menggantikan OnePlus Nord N100 yang dilancar tahun lepas. Telefon tersebut dilengkapi skrin HD 90Hz, jadi Nord N200 ini bakal menawarkan naik taraf skrin yang bagus untuk kategori ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan OnePlus Nord N200 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PCMag

Exit mobile version