Site icon TechNave BM

Rupa paras ZTE Axon 30 tertiris di dalam talian bersama spesifikasi pentingnya

Sehingga kini, terdapat banyak khabar angin mengenai telefon pintar ZTE Axon 30 telah muncul dalam talian. Peranti ini bakal dilancarkan pada 27 Julai ini dengan kamera bawah skrin generasi kedua. Terbaru, ia pula telah muncul di beberapa video pandangan pertama memaparkan teknologi kamera dan spesifikasi pentingnya.

Di video yang pertama, ia menunjukkan reka bentuk ZTE Axon 30 (depan dan belakang) bersama kamera swafoto bawah skrinnya. Video tersebut juga membandingkan peranti itu dengan Axon 20 serta menunjukkan beberapa gambar swafoto yang diambil.

Ia juga menunjukkan bahawa telefon pintar ini menggunakan skrin beresolusi FHD+, cipset Snapdragon 870 dan storan 256GB.

Untuk video kedua pula, ia menunjukkan kebolehan kamera ZTE Axon 30. Peranti ini hadir dengan 4 kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 64MP. Gambar yang dihasilkan oleh kamera utamanya dilihat mempunyai ketajaman yang baik, namun, gambar swafotonya dilihat kurang tajam.

Pada masa yang sama, sumber dalam talian juga menunjukkan beberapa gambar rasmi dan spesifikasi Axon 30. Peranti ini dikhabarkan akan hadir dengan berat 189g dan ketebalan 7.8mm. Reka bentuk panel belakangnya mempunyai baris tajam dan modul kamera berbentuk petak.

ZTE Axon 30 bakal menggunakan antara muka MyOS 11 atas perisian Android 11. Selain itu, ia juga dilihat hadir dengan RAM setinggi 12GB.

Adakah anda berminat dengan ZTE Axon 30? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version