Site icon TechNave BM

Rupa Redmi Note 10 didedahkan, mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat

Beberapa maklumat awal tentang siri telefon pintar Redmi Note 10 telah pun dilaporkan sebelum ini dan kini gambarnya telah pun tertiris dalam internet. Media dari China telah menerbitkan beberapa gambar yang menunjukkan rupa hadapan dan belakang telefon tersebut.

Di bahagian depan, terdapat kamera swafoto punch-hole yang berada di bahagian atas kiri skrin. Di bahagian belakang pula, terdapat tiga kamera dan lampu kilat yang disusun dalam sebuah bonggol (camera bump) berbentuk bulat.

Laporan awal mengatakan Redmi Note 10 bakal dilengkapi sensor kamera 48MP, manakala butang kuasanya boleh bertindak sebagai pengimbas cap jari seperti dalam siri Redmi Note 9. Sebelum ini, Redmi Note 10 juga dilaporkan akan mempunyai cipset Dimensity 820 atau Dimensity 720.

Siri Redmi Note 10 mungkin akan dilancarkan dalam masa sebulan atau dua bulan lagi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version