Site icon TechNave BM

Rupa Redmi Note 11 diumum, bakal dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 920

Dalam sebuah kiriman di Weibo, Xiaomi telah menunjukkan rupa siri telefon pintar kelas pertengahan yang akan dilancar kelak iaitu Redmi Note 11. Selain itu, mereka turut mengesahkan cipset yang akan dilengkapi dalam varian Redmi Note 11 Pro iaitu cipset MediaTek Dimensity 920, sebuah cip 6nm yang dilengkapi dua teras Cortex-A78 dan GPU Mali-G68 MC4.

Gambar tersebut menunjukkan sebuah telefon yang memiliki modul kamera petak, bahagian sisi yang bersegi serta lubang punch-hole yang kecil di bahagian atas tengah skrin. Xiaomi turut berkongsi beberapa poster yang menunjukkan kebolehan Redmi Note 11, seperti penyejukan kamar wap (vapour chamber) dan markah penanda aras AnTuTu sebanyak 500,949 iaitu markah yang agak tinggi untuk peranti kelas pertengahan.

Sebelum ini, Redmi Note 11 Pro disahkan akan dilengkapi kamera utama 108MP dan pengecasan pantas 120W, namun kapasiti baterinya masih belum diketahui. Ia akan dilancar di China pada hari esok (28 Oktober 2021).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version