Site icon TechNave BM

Rupa Samsung Galaxy A13 5G tertiris, tidak mempunyai bonggol kamera

Tahun 2020 kini sudah pun semakin hampir ke penghujungnya dan maklumat awal untuk telefon kelas permulaan seterusnya daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy A13 5G telah pun tertiris. Sebelum ini spesifikasinya telah dikongsi oleh Geekbench dan kini @OnLeaks telah berkongsi rupa bentuk telefon tersebut.

Apa yang menarik dalam imej janaan komputer telefon ini adalah ketiadaan bonggol kamera di belakangnya. Menurut gambar ini, Galaxy A13 5G bakal dilengkapi tiga kamera yang diletakkan secara rata di bahagian belakang telefon, terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP.

Selain itu, ia mungkin akan dilengkapi skrin IPS LCD berukuran 6.48 inci dengan resolusi Full HD+, cipset Dimensity 700, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 25W dan varian memori 4GB+64GB atau 8GB+128GB. Ia dijangka akan dilancar pada awal 2022 pada harga USD290 (~RM1,215).

Sebagai rujukan, Samsung Galaxy A12 sebelum ini telah dilancar pada Januari 2021 dengan harga RM799.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Zouton

Exit mobile version