Site icon TechNave BM

Rupa Samsung Galaxy S21 FE dalam bentuk 3D kini tertiris

Selepas melancarkan telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip3 dan Fold3, kini Samsung mungkin akan melancarkan telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) pula. Reka bentuk telefon tersebut telah pun tertiris sebelum ini dan sekarang sebuah model janaan komputer 3D untuk telefon itu pula dimuat naik ke dalam media sosial.

Pengkhabar berita teknologi Evan Blass telah berkongsi rupa 3D untuk telefon itu dalam warna putih, hijau, kelabu, ungu dan biru. Satu ciri yang membezakannya dengan telefon lain dalan siri Galaxy S21 adalah bonggol kameranya kini mempunyai warna yang sama dengan badan telefon.

Galaxy S21 FE mungkin akan dilengkapi paparan Super AMOLED berukuran 6.4 inci dengan kadar segar semula 120Hz, cipset Snapdragon 888 atau Exynos 2100, RAM 6GB atau 8GB, storan dalaman 128GB atau 256GB, bateri 4,500mAh, pengecasan pantas 45W, kamera utama 32MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera tolofoto 8MP.

Setakat ini masih tiada pengesahan jika Samsung akan melancarkan Galaxy S21 FE. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version