Site icon TechNave BM

Rupa Samsung Galaxy S21 FE tertiris, tampilkan saiz lebih kecil berbanding Galaxy S20 FE

Telefon pintar Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) ialah antara telefon Samsung yang paling mendapat sambutan pada tahun lepas, jadi tidak menghairankan jika mereka sedang bersiap untuk melancarkan Samsung Galaxy S21 FE pula untuk 2021. Sumber telah menghasilkan imej janaan komputer berdasarkan maklumat awal untuk telefon andalan tersebut.

Telefon itu dilengkapi bonggol kamera yang nampak serupa dengan varian Galaxy S21 lain dan mempunyai tiga kamera, namun kali ini ia “tertimbul” daripada permukaan belakang telefon seperti dalam OPPO Find X3. Permukaan belakangnya juga dijangka akan dibuat daripada plastik seperti Galaxy S20 FE.

Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto yang berada dalam lubang punch hole di bahagian atas tengah. Sumber juga mengatakan ia mempunyai skrin berukuran 6.4 inci, iaitu lebih besar berbanding Galaxy S21 namun lebih kecil berbanding Galaxy S21+.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang rupa awal Galaxy S21 FE ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: VOICE

Exit mobile version