Site icon TechNave BM

Rupa Sony Xperia 1 III tertiris, tidak banyak beza dengan Xperia 1 II

Telefon pintar andalan Sony Xperia 1 III dikhabarkan akan dilancar pada 14 April, namun tidak banyak yang diketahui tentang rupa luarannya. Kini, syarikat pembina sarung telefon Olixar telah berkongsi rupa sarung lutsinar untuk telefon itu serta rekaan luarannya.

Secara keseluruhan, ia menampilkan rekaan yang sangat serupa dengan Xperia 1 II yang dilancar pada tahun lepas, dengan nisbah skrin 21:9 dan empat butang di bahagian sisi kanan iaitu butang kawalan suara, butang suis, butang Google Assistant dan butang shutter untuk kamera. Sony juga akan mengekalkan bicu audio 3.5mm di bahagian atas Xperia 1 III.

Walau bagaimanapun, bonggol kamera Xperia 1 III nampak agak unik, dengan spesifikasi kamera yang dibocorkan sebelum ini termasuklah kamera periskop 12MP yang mampu zum sejauh 60x, kamera utama 64MP dan kamera ultra-lebar 12MP. Telefon itu juga dijangka akan dilengkapi bateri 5,000mAh dan cipset Snapdragon 888.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Xperia 1 III dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version