Site icon TechNave BM

Rupa telefon dan kotak Redmi Note 10 Pro tertiris sebelum pelancaran rasmi

Siri telefon pintar kelas pertengahan Redmi Note 10 akan dilancar pada 4 Mac, di mana ia mungkin terdiri daripada Redmi Note 10, Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 Pro Max. Walau bagaimanapun, rupa Redmi Note 10 Pro telah pun tertiris dalam laman media sosial Weibo.

Menurut gambar tersebut, ia nampak mirip dengan Mi 10 Ultra terutamanya pada bonggol kamera dengan hiasan perak. Kameranya dilihat seperti terdapat dua lensa utama dan sebuah lagi kamera kecil di tepi kamera utama.

Setakat ini, maklumat awal mengatakan telefon itu mungkin akan dilengkapi cipset Snapdragon 732G, empat kamera termasuk kamera utama 64MP, skrin IPS LCD 120Hz dan bateri 5,050mAh. Telefon lain dalam siri Redmi Note 10 juga mungkin akan dilengkapi cipset dalam siri Snapdragon 700. Qualcomm India sudah pun mengesahkan bahawa siri Redmi Note 10 akan dilengkapi cipset Snapdragon, namun tidak menyatakan model spesifik.

Kongsi pendapat anda tentang gambar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version