Site icon TechNave BM

RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih meneliti beberapa perkara yang berkaitan seperti pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan beberapa kementerian lain sebelum dibawa untuk kelulusan Kabinet.

RUU tersebut bertujuan memastikan setiap penyedia platform kandungan (platform provider) mematuhi Prosedur Operasi Standard serta memudahkan kerjasama dengan pihak berkuasa untuk dapatkan sebarang maklumat, sewaktu mereka menjalankan siasatan tentang isu berkaitan keselamatan dalam talian.

Pada bulan Mac lalu, Kabinet memutuskan supaya Akta Keselamatan Dalam Talian diwujudkan. Dua pihak yang bertanggungjawab untuk penubuhannya adalah Kementerian Komunikasi dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.

Beliau menyatakan draf untuk RUU tersebut sudah siap sebanyak 60 peratus dan mungkin akan dibawa ke Parlimen seawal bulan Julai atau selewat-lewatnya sidang terakhir Parlimen pada hujung tahun. Ia juga bertujuan mengemas kini RUU dan akta sedia ada bagi menambah baik sebarang jurang (loophole) yang wujud.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version