Site icon TechNave BM

Safawi, Akhyar muncul dalam percubaan kamera tele-falcon HONOR 108MP baharu

Pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid dilantik sebagai Experiencer Officer HONOR Magic6 Pro iaitu perdana baharu yang akan dilancarkan di Malaysia dalam masa terdekat. Kedua pemain menunjukkan aksi bermain bola sepak masing-masing yang ditangkap dengan lensa Kamera Tele-falcon HONOR 180MP pada HONOR Magic6 Pro.

Mereka turut meluahkan rasa kagum terhadap kelajuan Sistem Kamera Tele-falcon HONOR. Peranti ini juga mempunyai Kamera Utama Falcon Dinamik Super 50MP dan Kamera Ultra Lebar 50MP yang dilengkapi kecerdasan pengimejan.

Selain itu, peranti perdana ini juga membawakan paparan 6.8 inci yang dillindungi NanoCrystal dan menyokong Paparan Keselesaan Mata LTPO Kuasa Rendah Semua Julat. Tambahan, ia mempunyai Pemalapan PWM 4320Hz yang tertinggi dalam industri bersama Pensijilan Bebas Kerlip TÜV Rheinland.

Nantikan pelancaran rasmi HONOR Magic6 Pro yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic6 Pro, sila klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version