Site icon TechNave BM

Safee Sali tampil dalam eFootball™ 2024, hangatkan kempen Piala Asia AFC 2023

Konami telah mengumumkan bahawa legenda bola sepak Malaysia, Safee Sali akan membuat penampilan dalam eFootball 2024 serta ciri-ciri baharu ditambah pada permainan. Sebagai legenda bola sepak Malaysia yang pertama ditampilkan dalam permainan, Safee akan ditampilkan dengan jenis kad EPIC.

Ia adalah untuk menonjolkan kepentingan sumbangannya kepada bola sepak di rantau ini. Kerjasama Konami dengan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menampilkan Pasukan Kebangsaan Malaysia (Harimau Malaya) yang berlawan di Piala Asia AFC 2023 Qatar kini menjadi realiti dalam eFootball 2024.

Selain itu, Mod Musim bersama-sama dengan mod Co-Op telah ditambahkan pada permainan eFootball 2024. Serentak dengan pelancaran Safee Sali dalam eFootball 2024, kempen “Hidupkan Keghairahan Anda” turut dilancarkan.

Acara Tontonan Langsung untuk Malaysia perlawanan dalam Piala Asia AFC dan Jelajah Kampus yang merangkumi pelbagai universiti di seluruh Malaysia telah dimulakan. Sebagai sebahagian daripada kempen, para peserta berpeluang melibatkan diri dalam pelbagai kandungan dan cabaran dengan pelbagai hadiah yang ditawarkan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat teruja dengan kehadiran lagenda bola sepak Malaysia ini di dalam permainan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version