Site icon TechNave BM

Saingan baru untuk Instagram, aplikasi TikTok Photos mungkin akan muncul

ByteDance nampaknya bersedia untuk melancarkan platform media sosial baru yang dipanggil “TikTok Photos” walaupun terdapat perbincangan berterusan mengenai larangan TikTok di Amerika Syarikat (AS). Penemuan ini dibuat oleh app sleuth AssembleDebug yang menemui teks dalam kod versi aplikasi Android terkini TikTok, memberikan petanda mengenai rancangan untuk platform baru ini.

Jika dilancarkan, TikTok Photos akan bersaing secara langsung dengan Instagram, menawarkan pengguna platform baru untuk berkongsi foto secara dalam talian. Teks yang ditemui menyarankan bahawa TikTok Photos akan muncul tidak lama lagi dan membolehkan pengguna menyelaraskan kiriman foto mereka antara TikTok biasa dan platform baru ini.

Ia juga menunjukkan bahawa pengguna TikTok akan menerima pesanan dalam aplikasi untuk berkongsi kiriman foto mereka di TikTok Photos melalui mesej pop-up. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan peralihan pengguna daripada TikTok ke TikTok Photos dengan harapan dapat memperluas jangkauan dan pengguna aplikasi itu.

Ia akan dapat diakses melalui Android dan iOS tetapi ini mungkin tidak akan berlaku untuk versi web. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The SP Android

Exit mobile version