Site icon TechNave BM

Saintis berjaya ambil gambar 3,200 megapiksel pertama dalam sejarah

Para saintis di Standford University telah berajaya mengambil gambar dengan 3,200 megapiksel yang pertama dalam sejarah menggunakan teleskop Large Synoptic Survey Telescope (LSST) di Chile. Ia digunakan untuk menyelidik tenaga gelap (dark energy), zarah gelap (dark matter) dan pelbagai fenomena angkasa lepas.

Untuk menyiarkan gambar tersebut secara penuh, anda memerlukan 378 buah televisyen 4K UHD. Resolusinya yang sangat besar membuatkan anda boleh nampak bola golf yang berada 15 batu (24 kilometer) jauhnya manakala sensornya boleh mengesan objek yang 100 juta kali lebih malap daripada cahaya yang boleh dilihat oleh manusia.

Sensor keseluruhannya terdiri daripada 189 sensor charge-coupled devices (CCD). Gambar 3,200 megapiksel ini hanyalah langkah pertama dalam membina teleskop tersebut sebagai ‘kamera digital terbesar dalam dunia’.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SLAC Stanford

Exit mobile version