Site icon TechNave BM

Saiz skrin Samsung Galaxy S22 tertiris, hanya versi Ultra guna skrin LTPO

Samsung Galaxy S22 tidak akan memasuki pasaran dalam masa yang terdekat. Lebih tepat lagi, ia mungkin akan dilancarkan pada awal tahun hadapan. Namun, terkini, beberapa butiran mengenai peranti generasi baru ini telah tertiris di dalam talian.

Sumber terbaru menunjukkan saiz skrin untuk siri Galaxy S22. Model Galaxy S22 dikhabarkan akan menggunakan skrin bersaiz 6.06 inci, manakala S22+ dan S22 Ultra dengan skrin 6.55 inci dan skrin 6.81 inci. Melihat pada sumber yang lain, siri Galaxy S22 dijangka akan menggunakan skrin 6.1 inci, skrin 6.5-6.6 inci dan skrin 6.8 inci.

Yang menarik, sumber terbaru juga memberitahu bahawa hanya Galaxy 22 Ultra sahaja yang bakal menggunakan skrin jenis LTPO OLED.

Skrin LTPO OLED ini juga dikhabarkan akan digunakan oleh iPhone 13 Pro dan Pro Max. Skrin jenis baru ini dapat menawarkan kadar segar semula yang tinggi dengan penggunaan kuasa yang rendah.

Adakah anda menantikan Samsung Galaxy S22 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version