Site icon TechNave BM

Saksikan pencapaian terulung dunia teknologi mudah alih dalam GLOMO Awards di MWC 2020

Majlis Anugerah Mudah Alih Sedunia (Global Mobile Awards, GLOMO) bakal diadakan di Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) 2020 pada 25 Februari di Barcelona, Sepanyol. Majlis tersebut akan menyaksikan syarikat-syarikat elektronik dan kerajaan yang telah menyumbang dengan banyak ke dalam industri mudah alih mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Anugerah-anugerah dalam majlis itu akan disusun mengikut sembilan kategori: Teknologi Mudah Alih, Penghubungan Pengguna, Industri X, Peranti, kebajikan Tech4Good, Kepimpinan Kerajaan, Pencapaian Terulung, startup 4YFN (4 Years From Now) dan Festival Mudah Alih Belia (YoMo).

Antara pihak yang telah disenarai pendek termasuklah syarikat-syarikat elektronik besar seperti Apple, Huawei dan Samsung, selain beberapa kerajaan dan individu terpilih. Manakala antara syarikat Malaysia yang telah disenarai pendek adalah Axiata Group Bhd untuk kategori Pencapaian Terulung dan Festival YoMo.

Anda boleh melawat laman web MWC untuk butiran lanjut mengenai pencalonan anugerah. Anda juga boleh melihat senarai pemenang tahun lepas di sini. Buat makluman, TechNave akan berada di MWC 2020 untuk membuat liputan tentang anugerah ini.

Kongsi ramalan anda tentang pemenang GLOMO pada tahun ini di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNave

Exit mobile version