Site icon TechNave BM

Salah seorang pencipta tetikus komputer meninggal dunia pada umur 91 tahun

Walaupun penggunaan skrin sentuh semakin mendapat tempat dalam penggunaan peranti elektronik pada masa ini, tetikus komputer masih memainkan peranan penting terutamanya sewaktu tugas-tugas komputer berat dan gaming. Seluruh dunia terhutang budi kepada salah satu pembina tetikus, William “Bill” English, yang baru sahaja meninggal dunia pada 26 Julai 2020 kerana penyakit pernafasan.

Mendiang English bekerja bersama Douglas Englebart di Stanford Research Institute di mana mereka membina tetikus komputer pertama dan juga pelbagai konsep asas dalam penggunaan komputer yang dipersembahkan dalam sebuah pembentangan Mother of All Demos pada 1968. Englebart adalah individu yang memperkenalkan idea untuk tetikus dan English membangunkannya.

Mendiang English berumur 91 tahun sewaktu beliau menafaskan hembusan terakhir. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version