Site icon TechNave BM

Saluran baharu TVB Magic tersedia di Astro, bawakan lebih banyak kandungan Asia

Astro dan TVBI dengan bangganya mengumumkan saluran baharu iaitu TVB Magic (Saluran 124) bermula jam 6.30 petang, 19 Jun 2023. TVB Magic akan membawa pelbagai kandungan Asia seperti drama dan rancangan variasi dari seluruh Asia termasuk China, Jepun, Korea Selatan dan Thailand untuk tontonan pelangggan.

Saluran ini juga dapat dinikmati menerusi Astro GO, On Demand dan NJOI. Astro terus menguatkan tawaran kandungan dengan lebih lagi pilihan, nilai hebat dan fleksibiliti. TVB Magic kini tersedia menerusi Pek Primary Astro.

Hanya RM2 sehari, Pek Primary Astro kini menawarkan lebih 80 saluran dengan semua rancangan tempatan dan antarabangsa kegemaran anda. WhatsApp “Get Astro” ke 03-9543 3838 atau layari laman rasmi Astro untuk maklumat lanjut. Tertakluk pada terma dan syarat.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version