Site icon TechNave BM

Saluran YouTube kanak-kanak Malaysia pertama cecah 10 juta langganan, YouTube Monsta

Jika anda masih belum tahu, Monsta merupakan sebuah produksi yang menghasilkan kandungan animasi untuk kanak-kanak dan keluarga di Malaysia. Langganan YouTube Monsta kini dilaporkan mencecah 10 juta yang menjadikannya sebagai saluran YouTube kanak-kanak pertama di Malaysia dengan jumlah langganan tersebut.

Saluran YouTube Monsta termasuklah Mechamato, Mini Monsta – Animasi Kanak-Kanak, PapaPipi, Monsta Keren, BoBoiBoy – Full English Episodes, Galaxy Card, dan Monsta Dhamalastic yang menjumlahkan langganan sehingga 10 juta. Anda mungkin pernah mendengar nama BoBoiBoy atau PapaPipi yang sentiasa meniti di bibir kanak-kanak.

Salah satu animasi terbaru Monsta

Menurut kami, kandungannya bukan sahaja sesuai ditonton oleh kanak-kanak, bahkan boleh ditonton oleh seisi keluarga. Saluran YouTube Monsta juga dibekalkan dengan sari kata dan alih bahasa untuk kemudahan tontonan di luar negara Malaysia.

Pernahkah anda melihat video mereka? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Harian Metro

Exit mobile version