Site icon TechNave BM

Sambut tahun baru 2022 dengan diskaun sehingga 60% untuk komputer riba AMD Ryzen™️!

Pejam celik, kita sudah pun berada di akhir tahun 2021 manakala 2022 pula bakal menemui kita dalam masa beberapa hari lagi. Dengan fasa baru dalam kehidupan ini, mungkin sudah tiba masanya untuk anda menaik taraf komputer sedia ada agar anda boleh melakukan pelbagai tugas komputer dengan lebih lancar pada tahun hadapan.

Jika anda merancang untuk menyambut kedatangan 2022 dengan mendapatkan komputer riba baharu, anda bernasib baik kerana Notebook Plaza akan menganjurkan kempen promosi Notebook Plaza 11th Year Anniversary IT Fair pada 5 hingga 7 Januari 2022. Dalam promosi istimewa ini, pelbagai jenama komputer riba akan dijual dengan diskaun sehingga 60% untuk harga yang sangat berpatutan.

Komputer-komputer yang dijual pada harga promosi ini dilengkapi cipset AMD Ryzen™️ untuk prestasi yang pantas untuk setiap kegunaan, daripada tugas produktiviti hinggalah bermain game. Ia juga menawarkan kualiti yang bagus untuk panggilan video serta prestasi perisian (software) untuk bekerja dari rumah.

Selain itu, pemproses AMD Ryzen™️ ini mampu menawarkan hayat bateri yang panjang tanpa perlu mengorbankan prestasi komputer riba. Anda akan ditawarkan dengan pelbagai varian, daripada siri AMD Ryzen™️ 3 untuk prestasi pantas dalam kegunaan komputer harian, sehinggalah siri AMD Ryzen™️ 9 untuk prestasi terbaik dalam tugasan berat seperti bermain game atau menyunting multimedia.

Para pelanggan akan ditawarkan dengan baucar bernilai RM200, manakala mereka yang berbelanja RM999 ke atas akan menikmati penghantaran secara percuma.

Notebook Plaza juga menganjurkan pertandingan Beli & Menang (Buy & Win Contest) di mana dengan pembelian sekurang-kurangnya RM300 dalam satu resit, anda berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan memenangi salah satu daripada lebih 100 jenis hadiah! Selain itu, Notebook Plaza akan menjemput pelawak terkenal Douglas Lim untuk satu penampilan khas bagi memeriahkan lagi promosi komputer riba ini.

Berikut adalah antara model komputer menarik yang dijual dalam promosi Notebook Plaza:

Acer Nitro 5 (AN515-45-R5PP)

Acer Swift 3 (SF314-43-R7TH)

ASUS VivoBook Pro 15 OLED (M3500Q-CL1185TS)

ASUS GA401Q-ECK2081TS

MSI Modern 14 B5M-072

MSI Delta 15 A5EFK-059

Layari laman web Notebook Plaza atau Lazada untuk maklumat lanjut tentang komputer riba AMD Ryzen™️ di atas dan pelbagai lagi komputer yang dijual pada harga istimewa. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli komputer dalam promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version