Site icon TechNave BM

Sambutan ulang tahun ke-20 Xbox, “game” Halo Infinite boleh dimain secara percuma!

Untuk memperingati ulang tahun ke-20 Xbox dan Halo, 343 Industries telah melancarkan game Halo Infinite Multiplayer Beta percuma untuk dimainkan bermula sekarang pada platform Windows PC, Steam, Xbox Series X|S dan Xbox One.

Pelancaran Musim 1 ini ialah langkah pertama dalam pengembaraan Halo Infinite dan membolehkan pemain menikmati pengalaman bermain secara atas talian bersama pemain yang lain. Musim pertama “Heroes of Reach” berlangsung sehingga 2 Mei 2022.

Pemain boleh membina Spartan mengikut cita rasa mereka dengan membuka kunci kepingan perisai tambahan, azimat senjata, visor, salutan, lambang, Armor FX dan banyak lagi. Beta percuma untuk berbilang pemain tersedia untuk pemain PC dengan akses kepada akademi, arena, Pertempuran Pasukan Besar yang serba baharu dan Pas Pertempuran Musim 1 yang lengkap.

Semua penambahbaikan, kosmetik, buka kunci dan statistik berbilang pemain akan diteruskan apabila Halo Infinite dilancarkan secara rasmi pada 8 Disember ini. Minggu ini pada 15 November, pemain mempunyai akses eksklusif untuk membuka kunci koleksi percuma kosmetik bertemakan ulang tahun ke-20.

Acara bermusim pertama “Fracture: Tenrai” akan bermula pada 23 November ini. Ia adalah yang pertama yang membolehkan pemain berpeluang untuk memperoleh kepingan perisai unik bertemakan samurai Musim 1 dan barangan penyesuaian lain. Pemain juga boleh menjangkakan lebih banyak kemas kini dan butiran permainan pada Januari 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan memainkan game ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version