Site icon TechNave BM

Sampel gambar daripada HUAWEI P60 didedah, mungkin gunakan sensor OmniVision OV64B

Ketua Pegawai Eksekutif HUAWEI, Huawei Richard Yu mengemudi syarikatnya melalui masa yang agak sukar tetapi dia mahukan pasukannya tidak kehilangan minat untuk fotografi. Yu menyiarkan foto rawak ini daripada telefon akan datang yang tidak didedahkan namanya. Namun, dalam status Weibo tersebut terdapat label “daripada HUAWEI P60 Pro“.

Mungkin ini adalah imej daripada kamera telefoto sama seperti kumpulan imej dari minggu lepas. Kamera ini khususnya dikatakan mempunyai sensor OmniVision OV64B 64MP dan lensa dengan pembesaran 3.5x. Menariknya, sensor ini didakwa mempunyai penapis warna RYYB iaitu kepakaran HUAWEI terdahulu.

Bagi kamera lain, ia mungkin dilengkap kamera utama Sony IMX888 50MP dan IMX858 untuk ultra lebar. Spesifikasi lain yang mungkin hadir dengan P60 ialah paparan QHD+ 6.6 inci dengan kadar penyegaran 120Hz, pemalapan PWM 1,920Hz, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 100W, penarafan IP68 dan HarmonyOS 3.0.

Laporan terdahulu mendakwa bahawa telefon itu akan menggunakan cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan kemudian mengatakan bahawa ianya bakal hadir dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version