Site icon TechNave BM

Samsung acah Galaxy F yang baru, adakah Galaxy F62?

Sebelum ini, maklumat tentang telefon pintar Samsung kelas pertengahan Samsung Galaxy F62 dilapor akan dilancar tidak lama lagi. Kini, sebuah laman web e-dagang di India telah memuat naik gambar yang mengacah kehadiran sebuah peranti Galaxy F dalam masa terdekat.

Laman web e-dagang Flipkart telah menubuhkan sebuah laman web yang menunjukkan gambar sebuah telefon secara ringkas dengan cogan kata “Full On”, namun laman web tersebut nampaknya tidak boleh diakses buat masa ini. Pada tahun lalu, Samsung sudah pun mengesahkan bahawa “Full On” adalah cogan kata untuk siri Samsung Galaxy F.

Gambar yang dipapar dalam laman web itu sekadar menunjukkan sebuah bonggol kamera dengan empat lensa serta kehadirang butang kuasa yang turut bertindak sebagai pengimbas cap jari di bahagian sisi kanan. Berdasarkan laporan sebelum ini, Galaxy F62 mungkin akan dilengkapi skrin AMOLED 6.7 inci, bateri 7,000mAh, cipset Exynos 9825 dan kamera utama 64MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy F yang baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version