Samsung Electronics masih lagi menjadi jenama paling popular di Rusia untuk tahun ke-10 berturut-turut. Syarikat teknologi gergasi dari Korea Selatan ini adalah jenama kegemaran pengguna Rusia dan telah mendahului carta secara konsisten sejak satu dekad yang lalu.
Berdasarkan sumber, pada senarai Top 20 Brands 2020 Russia, syarikat Samsung telah mendapat undian sebanyak 17.9% untuk mendahului jenama yang lain. Ia dilihat jatuh sedikit sebanyak 0.6% berbanding 18.5% pada tahun 2019 yang lalu.
Syarikat teknologi ini diikuti rapat oleh Adidas yang mendapat undian 12.2%, manakala Nike dan Apple berada di tempat ketiga dan keempat dengan undian sebanyak 11.7% dan 9.7%. Dalam senarai itu juga, syarikat lain yang tersenarai adalah Bosch (5.8%), Sony (4.8%), Xiaomi (4.6%), Coca Cola (4.6%), LG (4.1%) dan Zara (3.1%).
Adakah anda terkejut dengan kedudukan Samsung di Rusia ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

