Site icon TechNave BM

Samsung adalah jenama telefon terlaris pada 2021, diikuti Apple dan Xiaomi

Firma analisis International Data Corporation (IDC) telah mengeluarkan data tentang jualan telefon pintar di seluruh dunia pada 2021 dan menurut data tersebut, Samsung merupakan jenama telefon pintar dengan jualan tertinggi sepanjang tahun. Syarikat Korea Selatan itu berjaya meraih tempat pertama dalam industri dengan pegangan pasaran sebanyak 20.1 peratus atau 272 juta telefon dijual.

Sebanyak 1.35 bilion telefon pintar telah dijual di seluruh dunia pada 2021 iaitu satu peningkatan sebanyak 5.7 peratus berbanding 2020. Lima jenama telefon yang berjaya merekod jualan tertinggi juga menyaksikan peningkatan jualan berbanding 2020, dengan Xiaomi mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu sebanyak 29.3 peratus.

Separuh kedua 2021 mencatatkan jualan telefon yang lebih rendah berbanding separuh pertama, namun jualan yang memberangsangkan pada separuh pertama 2021 berjaya mencatatkan peningkatan secara keseluruhan untuk tahun tersebut berbanding 2020. Untuk suku keempat 2021 pula, Apple menjadi jenama yang paling laris dengan penjualan iPhone 13 sejak bulan Oktober 2021.

Berikut adalah senarai jenama telefon yang paling laris pada 2021:

Apakah jenama telefon pintar yang anda beli pada tahun lepas? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IDC

Exit mobile version