Site icon TechNave BM

Samsung akan anjurkan acara Galaxy Unpacked pada 28 April

Samsung bakal menganjurkan acara Galaxy Unpacked ketiga untuk tahun ini pada hari Rabu, 28 April jam 10:00 pagi ET (10:00 malam waktu Malaysia) dengan cogan kata “Galaxy yang paling berkuasa kan tiba”. Ini adalah acara Unpacked terbaru selepas pelancaran Samsung Galaxy A72 pada bulan lalu.

Acara tersebut akan disiarkan secara percuma di YouTube dan laman media sosial Samsung. Mereka masih belum mengesahkan jenis produk yang akan dilancar, namun berdasarkan imej yang dipaparkan dalam sebuah video pendek untuk acara itu, mereka mungkin akan lancarkan komputer riba Galaxy Book Pro.

Samsung mungkin tidak akan melancarkan sebarang telefon pintar dalam acara tersebut. Kongsi ramalan anda untuk Galaxy Unpacked ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version