Site icon TechNave BM

Samsung akan anjurkan majlis pelancaran Galaxy Unpacked pada 10 Ogos 2022

Samsung bakal menganjurkan acara pelancaran Galaxy Unpacked seterusnya pada hari Rabu, 10 Ogos 2022 jam 9:00 malam waktu Malaysia. Majlis tersebut akan disiarkan secara langsung di laman web Samsung Malaysia, Facebook dan YouTube.

Jika anda berminat untuk memiliki peranti Samsung yang bakal dilancar pada hari tersebut, anda boleh daftarkan diri di laman web ini untuk menerima e-baucar bernilai RM200 apabila anda membuat pra-tempahan.

Buat masa ini, Samsung belum mengesahkan produk yang akan dilancar namun mereka dijangka bakal melancarkan telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip4 dan Samsung Galaxy Z Fold4. Dalam sebuah video pendek, Samsung turut menunjukkan rupa telefon tersebut secara ringkas.

Sebelum ini, beberapa maklumat awal tentang Flip4 dan Fold4 telah pun tertiris.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Samsung baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version