Site icon TechNave BM

Samsung akan bayar royalti kepada Nokia untuk paten 5G

Hari ini, Nokia mengumumkan bahawa syarikat mereka telah menandatangani perjanjian paten silang lesen baharu dengan Samsung berikutan tamat tempoh perjanjian sebelumnya pada penghujung 2022. Perjanjian itu meliputi ciptaan asas Nokia dalam 5G dan teknologi lain. Samsung akan membuat pembayaran kepada Nokia mengikut kontrak bermula 1 Januari 2023.

Syarat perjanjian kekal sulit antara kedua-dua pihak. Perjanjian itu memberikan kebebasan kepada kedua-dua syarikat untuk membuat inovasi dan mencerminkan kekuatan portfolio paten Nokia. Tambahan, kerjasama ini adalah untuk pelaburan selama beberapa dekad dalam Research and Development (R&D) dan sumbangan kepada piawaian selular serta teknologi lain.

Portfolio paten Nokia dibina dengan kos €130 bilion yang dilaburkan dalam R&D sejak 2000 dan terdiri daripada kira-kira 20,000 siri paten termasuk lebih 4,500 siri paten yang diisytiharkan penting untuk 5G. Nokia menyumbangkan ciptaannya sebagai balasan kepada hak untuk melesenkannya mengikut syarat yang adil, munasabah dan tidak diskriminasi (FRAND).

Nokia boleh melesenkan dan menggunakan teknologi ini tanpa perlu membuat pelaburan besar dalam piawaian, inovasi, pembangunan produk dan perkhidmatan baharu untuk pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nokia

Exit mobile version