Site icon TechNave BM

Samsung akan guna cip Exynos semula pada siri Galaxy S27

Samsung dilaporkan mungkin tidak akan menggunakan sistem-on-chip (SoC) Exynos dalam model telefon pintar terbaharunya sehingga siri Galaxy S27. Sumber menyatakan bahawa Samsung sedang menghadapi cabaran dengan prestasi Exynos berbanding cip Snapdragon.

Samsung dikatakan telah memutuskan untuk terus menggunakan cip Snapdragon daripada Qualcomm untuk model Galaxy S24 dan S25 dengan harapan dapat menawarkan prestasi yang lebih baik kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, Samsung sedang mengusahakan cip Exynos baharu dengan nama kod ‘Ulysses’ yang dirancang untuk digunakan dalam Galaxy S27. Pemproses Exynos baharu dilaporkan akan dibuat menggunakan teknologi 2nm (SF2P) generasi kedua Samsung yang akan siap pada penghujung 2026.

Keputusan ini menunjukkan bahawa Samsung berusaha meningkatkan pengalaman pengguna dalam segmen prestasi dan kecekapan tenaga. Walaupun ada usaha untuk memperbaiki SoC Exynos untuk generasi akan datang, Samsung nampaknya mengambil langkah berhati-hati sebelum melancarkan semula cip tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SamMobile

Exit mobile version