Site icon TechNave BM

Samsung akan hasilkan cipset Exynos yang dilengkapi GPU buatan AMD

Dalam acara Galaxy Unpacked terbaru, Samsung telah pun melancarkan siri komputer riba Samsung Galaxy Book yang dilengkapi sistem operasi Windows 10 dan cipset Qualcomm Snapdragon. Kini terdapat laporan bahawa Samsung akan menghasilkan cipset komputer baru yang akan dilengkapi dalam komputer Galaxy Book akan datang.

Cipset yang dikhabarkan mempunyai nama Exynos 2200 ini akan dilengkapi unit pemproses grafik (GPU) AMD Radeon yang menawarkan prestasi mirip komputer peribadi (desktop). Cip ini akan dikilangkan sendiri oleh fasiliti fab Samsung.

Selepas komputer riba, Exynos 2200 mungkin akan dilengkapkan dalam tablet dan telefon pintar Samsung. Pada awal tahun ini, Samsung telah pun mengesahkan sebuah kerjasama dengan AMD bagi menghasilkan cipset penyambung kepada Exynos 2100.

Exynos 2200 akan bersaing dengan Snapdragon 8cx Gen 2 yang sudah pun terdapat dalam beberapa komputer Windows serta cip Apple M1 yang dilengkapi oleh komputer MacBook dan iPad Pro.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version