Site icon TechNave BM

Samsung akan lancar Galaxy A12, telefon kelas permulaan dengan storan 64GB dan tiga kamera

Samsung dilaporkan sedang membangunkan sebuah telefon pintar kelas permulaan, Samsung Galaxy A12, yang mempunyai nombor model SM-A125F. Tidak seperti Galaxy A11 yang hanya mempunyai varian storan 32GB, Galaxy A12 bakal ditawarkan dalam dua varian storan iaitu 32GB atau 64GB.

Galaxy A12 dijangka akan dilengkapi skrin LCD dan tiga kamera yang serupa dengan Galaxy A11 iaitu kamera utama 13MP, kamera ultra lebar 5MP dan sensor kedalaman 2MP. Pengimbas cap jari juga boleh dilihat berada di bahagian belakang telefon.

Memandangkan peranti ini masih berada dalam pembangunan, butiran spesifikasinya masih belum dikenal pasti. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon kelas permulaan daripada Samsung dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SAM Mobile

Exit mobile version