Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan cipset Exynos 2200 bersama Galaxy S22

Cipset telefon pintar andalan Exynos 2200 sepatutnya dijadualkan untuk dilancar semalam, namun ia tidak berlangsung dan ini menimbulkan spekulasi bahawa Exynos 2200 mungkin tidak akan dilancarkan terus. Walau bagaimanapun, wakil Samsung telah mengesahkan bahawa Exynos 2200 akan dilancar, walaupun tarikh pelancaran asalnya tidak ditepati.

Wakil Samsung itu telah memberitahu Business Korea bahawa cipset itu akan dilancar bersama sebuah telefon pintar Samsung yang baharu, jadi ia mungkin akan dilancar di samping siri Samsung Galaxy S22. Penangguhan untuk pelancaran cipset itu bukannya disebabkan oleh masalah dalam pengilangan atau prestasinya.

Exynos 2200 bakal menjadi cipset pertama yang dibina dengan seni bina AMD RDNA 2 dan menyokong grafik tekapan cahaya (ray tracing). Setakat ini masih tiada maklumat rasmi tentang pelancaran Galaxy S22, namun ia dijangka akan berlaku pada 8 Februari 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Exynos 2200 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version