Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan cipset yang dihasilkan bersama AMD pada separuh kedua 2021

Cipset andalan terbaru daripada Samsung, Exynos 2100, menawarkan peningkatan prestasi yang jauh lebih baik berbanding Exynos 990. Walau bagaimanapun, prestasi daripada aspek GPU masih tidak setaraf dengan pesaingnya, oleh itu Samsung merancang untuk melancarkan cipset seterusnya dengan kerjasama syarikat cipset Advanced Micro Devices (AMD) bagi menyelesaikan masalah GPU.

Menurut pengkhabar berita Ice Universe, Samsung akan melancarkan beberapa GPU yang dihasilkan bersama AMD pada separuh kedua 2021, di mana nombor cipset ini adalah Exynos 2xxx dan Exynos 1xxx. Ini mungkin bakal menjadi sekual kepada Exynos 1080 dan Exynos 2100 yang telah dilancar baru-baru ini, namun dengan prestasi GPU yang lebih pantas.

GPU Exynos perlu mengatasi unit GPU Adreno 660 yang terdapat dalam cipset Snapdragon 888. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version