Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan Galaxy Note 20 dan Fold 2 lewat tahun ini

Dalam sebuah laporan kewangan Samsung yang diterbitkan semalam, Samsung mengesahkan bahawa Samsung akan melancarkan produk baru dalam kategori peranti Note dan telefon boleh lipat pada separuh kedua 2020.

Walapun Samsung tidak menyatakan secara jelas, namun sudah tentunya telefon yang dimaksudkan adalah Galaxy Note 20 dan Galaxy Fold 2. Samsung mengatakan dua telefon yang akan dilancarkan lewat tahun ini termasuk dalam kategori premium jadi terdapat kebarangkalian yang tinggi ia adalah Note 20 dan Fold 2.

Selain itu, Samsung juga merancang untuk menghasilkan lebih banyak peranti 5G secara besar-besaran (mass market). Ini mungkin bermaksud bahawa peranti kelas permulaan dan pertengahan yang dikeluarkan dalam masa terdekat akan dilengkapi teknologi 5G.

Kongsi pendapat anda tentang laporan Samsung ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Newsroom

Exit mobile version