Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan model Galaxy F, berfokuskan kamera, mungkin berharga ~RM842

Terkini, Samsung dilaporkan sedang membina model terbaru telefon pintar yang didakwa sebagai siri Galaxy F. Galaxy F41 ini dilaporkan sebagai peranti kelas pertengahan yang berfokuskan kamera.

Nama Samsung Galaxy F41 ini timbul dari nombor modelnya SM-F415F. Di India, laman sokongan pernati ini telah pun wujud. Tambahan pula, peranti ini telah mendapat kelulusan WiFi.

Tambah sumber, data kelulusan WiFi peranti Galaxy F41 ini mempamerkan perisian tegar (firmware) SM-M315F (Galaxy M31). Oleh itu, Galaxy F41 mungkin mempunyai beberapa spesifikasi yang sama dengan Galaxy M31. Sumber turut meramalkan harganya dalam lingkungan 15,000 Rupi (~RM842) hingga 20,000 Rupi (~RM1,123).

Samsung Galaxy M31

Setakat ini, Samsung masih belum mengeluarkan nama rasmi Galaxy F41 atau apa-apa maklumat rasmi mengenai peranti ini. Apa pun, ia mungkin dilancarkan terlebih dahulu di India.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version