Site icon TechNave BM

Samsung akan lancarkan sensor kamera baru pada 10 Jun

Samsung bakal melancarkan sensor kamera ISOCELL terbaru pada hari Khamis, 10 Jun (esok) dan telah mengumumkan tarikh tersebut dalam satu ciapan. Syarikat Korea Selatan itu menulis, “ISOCELL untuk semua. Anda berhak mendapatkan sebuah kamera yang bagus (ISOCELL for everyone. You deserve an awesome camera).”

Memandangkan perkataan awesome sering dikaitkan dengan siri telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A, kita boleh menjangkakan sensor ISOCELL baru ini untuk dilengkapkan dalam telefon daripada siri tersebut. Samsung tidak menyatakan spesifikasi sensor itu namun ia dikhabarkan bakal mempunyai 50 megapiksel, dengan saiz piksel kurang daripada 0.7 mikrometer.

Sebelum ini, Samsung telah pun melancarkan sensor ISOCELL GN2 50MP bersaiz 1/1.2 inci dengan saiz piksel sebanyak 1.4 mikrometer. Ia telah dilengkapi dalam siri telefon andalan Mi 11. Selain itu, mereka juga telah melancarkan sensor ISOCELL HM3 yang mempunyai 108MP untuk kualiti gambar yang lebih tinggi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version